Friday, April 3, 2009

PENGENALAN

Karnival KAGUM merupakan acara tahunan yang disertai oleh pelajar-pelajar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia dari seluruh negara. Terdapat 27 buah IPGM yang mengambil bahagian.

Karnival KAGUM ini mencantum 3 disiplin iaitu:
i. Olahraga
ii. Permainan
iii Kebudayaan

LOKASI BANDAR PENAWAR

KARNIVAL KAGUM 2009 berlangsung di daerah Kota Tinggi Johor. Jarak perjalanan lebih kurang 90 km dari bandaraya Johor Bahru.

Anda boleh mengambil jalan ke Kota Tinggi - Desaru untuk sampai ke sana. Pandu sehingga melepasi Felda Air Tawar 3, 2, 1, 4 dan 5 dan belok kiri apabila bertemu stesyen minyak Petronas.

Papan tanda banyak membantu perjalanan anda ke sana.


View Larger Map

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak telah diadakan pada 6 Mac 2009 oleh Jawatankuasa Teknikal.
Lawatan bermula dari Sekolah Sukan Bandar Penawar ke kawasan sekitar lokasi karnival yang terlibat.

Kedatangan kami disambut oleh pegawai-pegawai di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP)



Menerima taklimat awal mengenai persediaan pendaftaran
peserta-peserta yang akan tiba


berada di kawasan kolam renang
tempat permulaan renang

Pemeriksaan sekitar kolam renang oleh
jawatankuasa teknikal

padang hoki SSBP

LOKASI KEDUA : PUSAT SUKAN KOMUNITI



Gelanggang badminton Pusat Sukan Komuniti

LOKASI LAIN IALAH STADIUM KEJORA (olahraga) DAN
DEWAN (kebudayaan)
(MAAF! Visual tidak dapat diambil kerana hujan lebat)
Lawatan ke venue bowling tidak dilakukan dalam sesi
lawatan ini

AHLI JAWATANKUASA INDUK



























KETIBAAN KONTINJEN DI AIRPORT SENAI



AJK PENGANGKUTAN KARNIVAL KAGUM 09

Yaakob bin Ismail
IPGM Kampus Islam Selangor

Fauziah binti Ismail
IPGM Kampus Islam Selangor

Paiman bin Pardi
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim

Roslan bin Tompang
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim

Hermie
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim




Jais
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim

PENEMPATAN PESERTA

SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR




SEKOLAH MENENGAH SAINS, KOTA TINGGI


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA, BANDAR PENAWAR


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, BANDAR PENAWAR

Thursday, March 26, 2009

TEMPAT PERTANDINGAN

GELANGGANG KOLEJ PROFESIONAL MARA



DEWAN SEK MEN SAINS



DEWAN KEBUDAYAAN KEJORA



PADANG HOKI SSBP


STADIUM KEJORA



Saturday, March 21, 2009

LAIN-LAIN AKTIVITI / GAMBAR

BANNER KAGUM DI STADIUM PENAWAR




URUT REFLEKSOLOGI


PEMANDANGAN DARI JETI TELUK SENGAT :
JAMBATAN SEDANG DALAM PEMBINAAN

HARIAN KAGUM

Harian KAGUM untuk tahun ini tidak menarik minat aku sangat. Kalau dengar masa mesyuarat awal jawatankuasa hari tu, IPGMK Raja Melewar telah ada team wartawan le, kerja bagus le, baik dikekalkan le dipuji melambung tinggi tapi aku rasa hasil yang ditunjukkan ibarat

’INDAH KHABAR DARI RUPA’

Baik tukar je dari IPGMK Raja Melewar pada IPGM lain.

Ini pandangan aku je.



Antara beberapa sebab yang aku hairan ialah harian KAGUM tu:

- menumpu kepada IPGM tertentu sahaja.

- menulis isu yang menyentuh sensitiviti.

- menjulang pekalah-pekalah (IPGM yang kalah), kurang temubual pasukan yang menang

- kebudak-budakan

Aku tak rasa wartawan (pelajar) ni kekeringan idea cuma tak pandai memilih keutamaan. Selain itu tumpuan sepatutnya lebih menyeluruh kepada 27 IPGM yang bertanding dari segi kekuatan kontinjen, tempat pertandingan dan penginapan.

Wartawan juga boleh menyelitkan sedikit berita tempat pertandingan seperti Sekolah Sukan Bandar Penawar dan kemudahannya seperti gynasium dan bowling. Ini sekurang-kurangnya sebagai kredit kepada sekolah tersebut yang banyak membantu dalam menyediakan tempat penginapan dan pertandingan.

Bilik media yang disediakan di SSBP


Wartawan seperti malas keluar untuk membuat ’field work’ atau kerja lapangan mereka. Mereka seperti mewawancara orang berdekatan sahaja sedangkan bas disediakan khas untuk mereka. Sepatutnya mereka mewawancara sekali pengurus pasukan selain pemain dan peserta. Wartawan jelas tidak profesional dengan menyentuh beberapa isu yang mereka tidak ketahui seperti:


Isu perasaan tidak puashati pengurus peserta terhadap sesuatu acara.


Isu ini tidak patut dimasukkan ke dalam harian KAGUM. Isu tidak puas hati terhadap sesuatu keputusan perlawanan adalah bias dan tidak adil. Pengurus peserta sepatutnya merujuk kepada pihak berkenaan seperti juri rayuan atau membuat bantahan dan tidak boleh dibesarkan di luar pertandingan. Segala keputusan pengadil adalah muktamad. Wartawan seperti mempertikaikan hak pengadil. Patut ke?


Isu pengangkutan.

Wartawan menulis terdapat isu pengangkutan tetapi diselesaikan oleh IPGM tuan rumah. Ini menunjukkan wartawan tidak tahu mengenai Jawatankuasa Pengangkutan. Semua bas, bas mini dan van IPGM diletakkan dibawah POOL termasuklah IPGM tuan rumah sepanjang KAGUM ini. Jadi kat mana nak kata tuan rumah menyelesaikan masalah? Tulisan ini sebenarnya telah mejadikan pemandu kenderaan IPGM lain kecil hati. Patut le lepas berita tu dikeluarkan, aku tengok pemandu semacam je. Sebenarnya semua pemandu ini telah memberikan kerjasama sebaiknya. Oleh itu tiada isu berbangkit.

Menjulang pasukan yang kalah ni pun aku hairan banyak. Macam tak pernah baca surat khabar. Berita baru ni pelajar anak nelayan dapat 20A dalam SPM, diulang-ulang beberapa hari oleh semua akhbar utama sebab isu ini ada “niche” nya. Tak ade suratkhabar yang nak cari pelajar 2A hingga 1A pada muka depannya. Jadi, apa rasional ditulis sesuatu IPGM berputih mata dan kolumnya lebih besar dari yang menang? Memang hairan.

Sewaktu KAGUM beruniform tahun lepas, harian KAGUM dikendali oleh wartawan yang boleh dipuji hasil kerjanya. Berita seperti anak dan bapa dalam satu tapak perkemahan, adik-beradik dari IPGM barlainan bertanding bersama menarik minat aku. Penulisan juga lebih menyeluruh untuk semua unit beruniform yang ada.

Oleh itu aku harap supaya penulisan berita KAGUM ini dipantau dan diedit oleh beberapa orang pensyarah dari IPGM yang berlainan sebelum diterbitkan. Bila dilayan kehendak pelajar, inilah jadinya. Mereka ketawa sendiri sedangkan orang lain terbakar dengan hasil kerja mereka. Memang ada yang kata wartawan ni tidur sampai 3 pagi tapi hasilnya biarlah matang, memuaskan dan neutral. Bila ditegur, memang le ada yang kata ada kelemahan di sana-sini.Wartawan perlu membuat kajian dan homework sebelum dibenarkan menerbitkan hasil penulisan mereka. Laras penulisan berita sukan mestilah bertaraf wartawan -wartawan sukan.

Wednesday, March 18, 2009

AJK PENGANGKUTAN KARNIVAL KAGUM 09


Yaakob bin Ismail
IPGM Kampus Islam Selangor

Fauziah binti Ismail
IPGM Kampus Islam Selangor



Paiman bin Pardi
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim


Roslan bin Tompang
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim

Hermie
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim




Jais
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim

Saturday, March 14, 2009

REFLEKSI

Rasanya dah sesuai buat refleksi KARNIVAL KAGUM ni tapi bab pengangkutan je. Bab lain biar jawatankuasa dia buat.

Aku mula bertugas pada 13.04.09 dan tugas akhir aku adalah pada 20.04.09 bila IPGM Kampus Gaya bertolak dari Sekolah Menengah Sains ke Airport Senai. Dalam tempoh ni memang macam-macam benda yang berlaku untuk dikongsikan. Pengalaman menarik, geram dan sakit hati pun ada.

12.04.09
Mesyuarat mengumpulkan data :
  • bilangan pelajar,
  • waktu ketibaan,
  • bilangan bas yang diperlukan
  • IPGM yang terlibat.
  • tempahan bas
  • Pembayaran bas berdasarkan trip bukan harian.
  • Maklumat IPGM Kampus Miri masih belum diperolehi setakat ni. Mungkin tak dapat line/ signal.

Ada beberapa cadangan aku yang diterima jawatankuasa ini. Walaupun dah buat kiraan, aku usulkan juga. akhirnya cadangan ini diterima. Pada pendapat aku, sebagai pengurusan, kita tidak boleh:
  • menggunakan semua kemudahan yang ada
  • memaksimumkan bilangan pelajar di dalam bas

Pada asalnya jawatankuasa bersetuju untuk:
  • memasukkan 3 bas IPGM Kampus Temenggong Ibrahim dalam kiraan trip bas untuk meminimumkan trip bas, tapi aku bantah.
    Alasan aku ialah sekiranya berlaku kecemasan, contohnya ketibaan tiba-tiba IPGM Kampus Miri, bas IPGM Kampus Temenggong Ibrahim boleh dipanggil segera dari IPGM Kampus Temenggong Ibrahim kerana berada dalam kawalan jawatankuasa. Sekiranya bas ini telah dipenuhi peserta dari Airport Senai dan dalam perjalanan ke Bandar Penawar, kita tidak mempunyai alternatif lain.

  • membuat kiraan 44 orang satu bas, aku bantah juga
    Alasan aku ialah peserta bukan bawa kain baju je. Mereka bawa peralatan sukan dan kebudayaan; kayu hoki, raket squash, bola bowling dan lain-lain lagi. Ini ditambah dengan bilangan hari mereka berada di sini: lebih dari 5 hari. Mesti banyak pakaian yang dibawa. Selain kompartmen bawah, ada barang yang kena naik dalam bas juga. Oleh itu bilangan orang/bas perlu dikurangkan.

Dan seperti yang diramal, pada 13.04.09, setelah mendapat panggilan dari jawatankuasa penginapan, 1 bas dari IPGM Kampus Temenggong Ibrahim (kosong) dihantar ke Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) untuk menguruskan pergerakan pelajar dari tempat pendaftaran di SSBP ke Sekolah Menengah Sains, Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar Bandar Penawar. Selesai masalah.

13.04.09
Pagi-pagi lagi aku nak print KARNIVAL KAGUM 09 tapi komputer tu ada password. Aku nak guna printer HP Laserjet 8150 N sebab boleh print A3. Besar tu! Lepas tu nak buat papan tanda nak letak kertas tu. Last-last amik je kat Jabatan PJ, cari yang kayu takde, amik yang besi. Raja Zulkifli dah sediakan borang-borang berkaitan. Smart work juga dia ni.

Pukul 9.15 pagi, aku dan jawatankuasa lain; Hamdan Mansor, YM Raja Zulkifli Raja Omar, En Paiman Pardi dan Jamal Maidin telah ke Airport Senai. Kami telah melapor diri pada pengurusan Airport Senai dan meminta kebenaran dari Pn Norlela (Airport Senai) untuk meletakkan papan tanda pada balai ketibaan.

Boleh dikatakan satu hari suntuk aku dan jawatankuasa duduk, makan, tidur dan solat kat Airport ni. Kelewatan (delay) dalam ketibaan pesawat adalah perkara biasa dalam penerbangan domestik ni. Sebab tu jadual tugas yang patutnya selesai pukul 6.30 petang tertangguh ke 10.00 mlm. Tugas utama aku dan jawatankuasa ialah bertanyakan soalan-soalan standard seperti:
  • berapa bilangan peserta?
  • berapa flight?
  • yang belum tiba kenapa?
  • IPGM lain yang sama flight?
  • Jumpa kontinjen IPGM Miri?

Soalan busybody ni perlu dalam perancangan keperluan bas. Maklumat IPGM Miri penting dalam merancang tambahan bas yang akan digunakan.

Beberapa insiden berlaku di Airport Senai pada kontinjen pertama ni. Sepatutnya ikut perancangan jumlah peserta + pensyarah pengiring yang tiba ini muat untuk 3 bas, tetapi setelah 3 bas penuh, ada beberapa lagi tertinggal kat luar. Jamal pun hairan (Jamal dan Hamdan ditugaskan mengurus pengisian peserta dalam bas)

Bila Jamal tanya "dah penuh?", jawapannya "dah PENUH" encik.
Setelah disiasat, didapati beberapa pelajar mengambil 2 sit; satu untuk duduk dan satu untuk beg. Lebihkurang 11 sit diletakkan beg oleh peserta. Setelah dibetulkan, 3 bas berlalu pergi. Bayangkan bas dengan sit 44 orang, hanya 44 - 11 = 33 orang yang naik. Geram betul!!

Selepas tu, semua kontinjen memberikan kerjasama yang baik. Mereka mudah dikenali dengan T-Shirt, track suit dan track bottom berlambangkan IPGM masing-masing. Tetapi IPGM akhir yang tiba sebenarnya tidak diiringi oleh pensyarah. Oleh itu mereka tidak memakai pakaian yang berlambangkan IPGM masing-masing. Pasukan ini bergerak terus ke pintu keluar terminal tanpa disedari oleh jawatankuasa. Ada yang sudah telefon pensyarah pengiring masing-masing dan pensyarah mereka memaklumkan pada jawatankuasa. Jawatankuasa terpaksa pula mencari mereka ni di pintu keluar. Bila aku tengok muka mereka, baru aku perasan mereka selisih dengan aku tadi. Sebab tu pakaian berlambangkan IPGM penting untuk dikenali.

Perkara lain ialah terdapat pensyarah IPGM yang berdiri dalam bas, kononnya bagi sokongan moral kepada pesertanya menjadikan bilangan penumpang 45 orang. Jawatankuasa dah ingatkan perjalanan mengambil masa lebihkurang 2 jam. Dia kata saya dah biasa. Isunya, bas yang digunakan ialah bas persiaran dan bas sekolah. Oleh itu peraturan JPJ dan syarat permit perlu dipatuhi.

Perkara lain seperti IPGM yang tidak mahu duduk satu bas dengan IPGM lain. Ada pensyarah IPGM yang arah pelajarnya memunggah semula barangan dalam kompartmen bawah bas dan berpindah ke bas lain. Kesian le kat pelajar yang dah lebih 10 jam perjalanan, transit, delay, punggah barang, kerenah pensyarah lagi. Pemandu bas pun marah.

14.03.09
Hari ni aku bertugas di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Sepatutnya ada satu bas dan satu van dari Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar datang membantu. Tetapi aku tak bas nampak pun bas yang dimaksudkan. Selain itu ada 2 bas sekolah yang disewa untuk shuttle tempat pertandingan.

Pemandu bas IPGM tanya aku tempat tinggal, aku xleh jwb sebab xde maklumat. Jadi mereka cari tempat tinggal masing-masing. Ada kat Damai Resort, Telok Sengat dan macam-macam lagi. Nak minta mereka bantu pun, lepas hantar peserta IPGM mereka ke asrama, mereka pun hilang. Petang tu, pada taklimat pemandu, AJK induk memaklumkan semua pemandu tinggal di Kolej Profesional MARA. Baru senang nak setting.

Pada hari ini, saparan pagi, makan tengahari tidak disediakan. Ada kontinjen IPGM seperti IPGM Kampus Gaya telah membuat perancangan awal dengan kontraktor makanan. IPGM ini tiada bermasalah berkenaan sarapan pagi dan makan tengahari. Tetapi ada IPGM yang tidak membuat perancangan awal mendatangkan masalah. Memang konkraktor tidak boleh melayan pagi ni order, pagi ni buat. Peristiwa bas sekolah dipaksa mencari bergerak hingga ke Telok Sengat (lebihkurang 40 km dari Bandar Penawar) yang merupakan luar kawasan "shuttle" mereka amat mengecewakan. Alasan mereka "Kami sudah booking bas ni".

Last sekali kata dua diberi pada pensyarah tersebut "Naik bas dan balik ke Bandar Penawar atau ditinggalkan di Telok Sengat. Balik sendiri!"

MELAMPAU! Bas tersebut adalah bas shuttle untuk kegunaan semua IPGM dari tempat penginapan ke tempat pertandingan pergi dan balik. Bukan dibolot oleh satu IPGM dan buat seperti bas pelancongan. Aku berjumpa dengan pemandu bas tersebut lebihkurang pukul 6.50 petang.

Aku tabik kat pemandu ni walaupun berbangsa India. "Cikgu, saya belum makan tengahari lagi" katanya. Jadi aku pun belanje mereka makan malam. Bayangkan dari pagi mereka tak berhenti bergerak! Pemandu yang berdedikasi.

Lepas meeting dengan pemandu, jawatankuasa pula bermesyuarat menentukan jadual pergerakan bas esoknya. Oleh kerana tiada tempat, kami menggunakan bilik statistik yang terbuka untuk membuat jadual dan sebagainya. Maka En Paiman, En Yaakob, En Roslan, Pn Rabiah dan Pn Fauziah pun memberikan pendapat bernas mereka. Tiba-tiba kami disergah oleh seorang pensyarah (tak kenal pun!) dia kata tu bilik dia, dia beli kunci, dia tak marah kami guna, bla.. bla.. bla.. En Yaacob, En Paiman dah minta maaf dan minta izin, dia membebel lagi. Aku datang lambat jadi aku diam je. Ikut hati aku nak tengking balik je mamat tu, aku peduli apa. Tapi tengok ketua-ketua aku cakap baik-baik, aku diam je.

Lepas tu ketua-ketua aku dah tension. Ye le maruah dijatuhkan depan anak buah. Bilik urusetia pengangkutan tidak disediakan, white board tak de, printer pun tak de. Mana nak tulis, nak print kat mana, buat jadual dsbg. Dia pun tanya aku, "Ali, selesaikan!" Aku pun cakap "Jadual tak releven!" Perghh!! Lagi diaorang tension. Dah berjam buat, komen aku menyirapkan darah je.

Kenapa?
1. Masa pergerakan terlalu banyak.
  • Perancangan awal bas bergerak pada 4 masa, seawal 6.15 pagi, 6.30 pagi, 7.15 pagi dan 7.30 pagi.
    Agak-agaklah siapa nak naik bas pukul 6.15 pagi tu? Mesti bas kosong pada masa tu. Kebanyakan pertandingan bermula pukul 8.00 pagi.
    Cadangan aku, jadikan 2 trip je, 6.30 pagi dan 7.30 pagi. 6.30 perlu dikekalkan kerana bas bowling bertolak pukul 7.00 pagi dari SSBP

  • Perancangan awal 2 bas sahaja ditugaskan setiap tempat penginapan.
    Soalan aku, kalau bas rosak bagaimana? Kalau bas penuh bagaimana?
    Cadangan aku sediakan bas reserved atau tambahkan bas. Sekurang-kurang bas IPGM lain bersedia untuk bertugas bila dipanggil.
Nampaknya cadangan aku diterima.

Friday, March 6, 2009

REFLEKSI 2

15.03.09

Hari ini pertandingan bermula. Hari ini juga adalah pelaksanaan ujian perancangan yang telah dibuat. Ada satu perkara yang aku lupa, majoriti pemandu IPGM dan bas sekolah ni datangnya dari luar Bandar Penawar. Apabila diarah menghantar peserta ke tempat pertandingan bowling, soalannya "ada peta, ada penunjuk arah tak?"

Jadi, aku pun buatlah peta. Guna Autocad 2006, tapi oleh kerana nak print kena bagi thumb drive, aku pindah ke word document. Gambar tu pecah sikit, tapi boleh guna. Lepas tu edar pada pemandu.

Peta Lokasi Tempat Pertandingan dan Tempat Penginapan Peserta Karnival KAGUM 09

Pada sebelah pagi, aku perhatikan peserta, terutama hoki berjalan kaki dari tempat penginapan SMS, SMK dan SMKA berjalan kaki ke SSBP. Jauh juga tu. Aku rasa seperti ada kesilapan perancangan je. Aku akan bawa isu ni ke mesyuarat nanti.

Selain itu, masalah yang dihadapi ialah panggilan individu yang hendakkan bas tetapi tidak mengikut jadual bas yang disediakan. Ikut suka hati. Lepas tu bukan untuk bertanding tetapi untuk berlatih. Pensyarah yang tinggal di luar tempat penginapan yang disediakan sepatutnya menguruskan sendiri pengangkutan mereka ke tempat pertandingan. Mereka bukan terletak di bawah tanggungjawab jawatankuasa pengangkutan tetapi terpaksa diuruskan.

Malam ini adalah malam perasmian pembukaan Karnival KAGUM 2009 di Stadium Penawar. Pelajar perlu berada di sana pada 8.30 malam selewat-lewatnya dan semua pemandu perlu bergerak dari tempat penginapan ke stadium dan balik ke tempat penginapan. Semua bas dimaklumkan akan mula bergerak dari pukul 7.00 mlm dan berhenti gerak pukul 8.30 malam (standby di stadium untuk balik).

Pukul 8.45 mlm, masih ramai pelajar di luar SMKA. Maka bantuan bas diminta untuk menyampaikan peserta ke stadium. Ada satu insiden, bas IPGM yang dikhaskan membawa Pengarah IPGM telah berhenti setelah ditahan oleh jawatankuasa. Pemandunya tidak membenarkan peserta naik kerana ada barang-barang kepunyaan pengarah. Jadi aku pun naik dan memang ada pengarah tinggalkan barang seperti jaket, beg dan sebagainya kat kerusi. Jadi aku pun lapor le kat jawatankuasa. Siapa nak bertanggungjawab kalau barang tu hilang? Jadi keputusannya bas tu dibenarkan berlalu tanpa mengambil penumpang.

Yang aku bengang tu, masa aku tengah bercakap dengan pemandu bas tu, ada peserta ni kurang ajar betul, membebel " kami dah lambat ni! kami nak cepat ni!". Aku pun angin le. Aku marah semua yang ada. " Jangan cakap dah lambat kalau keluar hostel pukul 8.40 malam. Sepatutnya kamu semua berada di stadium pukul 8.30 malam. Ini bukan salah bas, salah kamu menguruskan masa. Jawatankuasa tengah settlekan masalah kamu ni, sabar le.

Lepas tu peserta yang celupar tu dengan 7-8 orang kawan dia masuk balik ke asrama. Lantaklah. Dalam pada tu dekat pukul 9.00 mlm ada lagi makhluk yang terhegeh-hegeh keluar. Macam ni nak jadi cikgu, satu kena marah, blah, satu lagi x pandai urus masa, langsung tak rasa bersalah keluar lambat.

Ada pemandu IPGM yang gentleman, dia kata ni trip last sebab hari ni je dia dah jalan 10 trip. Bagusle sebab gentleman, tengah ramai peserta belum ke stadium, dia dah nak tamat tugas. Apa masalah pemandu IPGM ni? Sebagai pemandu nampaknya dia tak suka nak memandu bas IPGM. Bukan suruh angkat beras ke, jual goreng pisang ke atau isi air dalam kolah masjid. Suruh pandu bas pun tak nak, berkira.

Aku pernah tanya pada penghulu bas IPGM Kampus Islam, pemandu IPGM tu isi minyak dalam bas tu, bayar guna duit sendiri ke? Katanya tidak, duit IPGM. Elaun kerja lebih masa ada tak? Katanya ada. Hmm jelaslah. Elaun lebih masa dia tuntut, kerja taknak. Menurut penghulu lagi ada pemandu yang tidak puas hati kerana ada bas yang tidak bergerak pun. Jadi, ni kes dengki dan iri hati le. Penyakit tradisi bangsa aku le. Sebagai orang Islam kita kena le buat kerja yang diamanahkan. Berkat rezeki yang kita dapat. Orang khianat dapat rezeki juga, tapi.. jawab sendiri le. Abis tu nak join orang khianat juga ke?

Aku bandingkan dengan 2 pemandu bas sekolah India; Kuppusamy dan Kali yang turut sama dalam pergerakan malam tu. Sebenarnya Kali ni mengeja nama sendiri pun tak pandai. Aku dapat tahu bila aku tanya macamana nak eja nama dia masa pendaftaran pemandu. Mula-mula dia kata K I L A, bila aku tanya balik K A I L. Aku malas nak tanya kali ketiga. Walaupun tahap pendidikan rendah, semangat kerja tinggi. Tidak pernah ungkit soal trip, selagi ada peserta, selagi ada tugas, mereka ambil dan hantar ke destinasi. Bekerja dengan amanah. Bas IPGM, 3 trip je dah berhenti, parking tepi kedai, MENGETEH! Tak semua le.

Esoknya, jawatankuasa tukar strategi.

REFLEKSI 3 - BAS TING-TING

16.03.2009

Hari ni semua bas digerakkan dengan konsep bas ting-ting. Idea ni diilhamkan oleh Jamal Maidin.

Apa tu bas ting-ting.
Bas ting-ting ialah semua bas IPGM akan mengambil peserta IPGM dari tempat penginapan ke tempat pertandingan dan sebaliknya. Bas juga perlu mengambil pelajar di tepi jalan yang sedang berjalan kaki.

Pada pandangan aku, setelah pelaksanaan bas ting-ting, perkhidmatan menjadi lebih baik. Aku berpeluang mengajak pemain-pemain hoki yang berjalan kaki menaiki bas. Nampaknya mereka menolak untuk menaiki bas.


Dari pengamatan aku, mereka bukan tak nak menaiki bas tetapi sukar untuk menaiki bas disebabkan bukaan pintu dan lorong bas yang sempit. Semua peserta hoki IPGM ini mengumpulkan kayu hoki mereka ke dalam satu beg besar (bukan dibawa individu) dan membawa kotak sejuk COLEMAN yang besar. Untuk masuk ke dalam bas, barangan perlu diangkat tinggi, pusing dan diletak di lorong tengah pejalan bas. Barangan ni lebih sesuai dimasukkan dalam kompartment barangan daripada dimasukkan ke bahagian penumpang bas. Tapi nak buka kompartment ni pun satu masalah. Sebab itu le mereka memilih untuk berjalan kaki beramai-ramai. Sekarang aku dah maklum kenapa mereka berjalan kaki beramai-ramai.

REFLEKSI 4

Hari ini nampaknya pergerakan bas bergerak lancar. Banyak pergerakan peserta tertumpu kepada menyokong rakan-rakan lain yang masih bertanding ataupun menyokong pasukan yang masih bertanding.

Dari rondaan aku, didapati pelajar lebih gemar berjalan beramai-ramai secara berkumpulan. Merata-rata ada peserta IPGM ni.

Peserta IPGM yang menaiki van untuk melihat acara lain

Esok adalah penutup karnival KAGUM 09. Semua peserta perlu ke Stadium sebelum pukul 9.00 pagi. Oleh itu pelajar perlu digerakkan sebelum pukul 9.00 pagi. Dalam pada itu, peserta yang menaiki flight pada pukul 12.30 tghari perlu digerakkan lebih awal.

REFLEKSI 5

18.03.09

Hari ini penutup karnival KAGUM akan diadakan pada pukul 9.00 pagi. Para pemandu bas IPGM telah diingatkan supaya melaksanakan tugas menghantar peserta ke stadium dan balik ke tempat penginapan. Setelah itu baru menguruskan peserta IPGM balik ke IPGM masing-masing.